Ekelas GenAI MAXIS - Modul: Segala Yang Anda Patut Tahu tentang AI & GenAI
8 November 2025 | Aktiviti TerkiniSatu sesi kelas atas talian bertajuk Ekelas GenAI MAXIS - Modul: Segala Yang Anda Patut Tahu tentang AI & GenAI telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu. Sesi ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang asas kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dan Generative AI yang kini semakin meluas penggunaannya. Sesi ini bertujuan membantu peserta memahami konsep, manfaat serta potensi penggunaan AI dalam kehidupan seharian dan bidang pekerjaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: